Friday, February 15, 2013

#2 Kontroversi

Assalamualaikum semua
Saya minta maaf sebab terlambat dalam menulis artikel kedua dalam kempen sehari satu artikel kerana saya sedang menghadapi situasi yg sukar  saat ini..
tapi,hidup perlu diteruskan dengan fikiran yang positif kerana segala kesulitan itu adalah ujian daripada Allah kepada hamba2 nya...jadi sebagai ganti saya ada satu hadiah saguhati buat semua2 yg baca (^__^)  pada akhir perbincangan harini..


Jadi harini kita akan berbincang pasal politik

Politik for dummies

Setelah bertahun2 memerhati,perhati dan diperhati(eh??)
saya telah merumuskan satu conclusion tentang politik yang official(yang berkaitan pilihanraya)

"Politik itu semudah pihak2 yang bertanding akan memberikan manifesto2 mereka tentang apa yg akan mereka lakukan selepas diberikan mandat oleh rakyat,manakala rakyat akan menilai secara holistik adakah janji2 itu yang mereka inginkan,realistik dan mampu dilakukan oleh pihak yang berjanji lalu diberikan undi...the end"

So,ia sepatutnya mudah tanpa kata cacian,tanpa pertumpahan darah mungkin sedikit pertumpahan keringat dan tanpa hasad memenuhi diri..(apekah?)

Jadi realiti yang kita hadapi sekarang di malaysia,politik menjadi sangat pelik  kerana ia boleh dikaitkan dengan apa sahaja termasuk keharmonian kaum,jatidiri bangsa melayu,mahupun kaum yahudi(tetiiba) \dan tidak dilupakan politik sebegini only in Malaysia.

Perkara ini mungkin berlaku sebab pemimpin dan rakyat itu sendiri sudah terkeliru dengan konsep sebenar politik itu sendiri..noob..(haha)

Bagi saya lah,satu2 pihak sepatutnya lebih menekankan kelebihan mereka berbanding keburukan lawan.tetapi yang lebih terserlah disini politik di Malaysia seperti sudah menjadi kewajipan untuk memburukkan lawan.Mengapa?

1.Mungkin satu2 pihak x mempunyai kelebihan jadi terpaksa menekankan keburukan lawan
2.Mungkin mereka terlalu beremosi
3.Mungkin mereka menganggap rakyat Malaysia tidak mampu menilai sendiri mana yang baik dan buruk          sebab kecelaruan media yang berat sebelah dan mentaliti rakyat Malaysia yang kebanyakkannya bukan minda kelas pertama .

Saya rasa point ketiga tu x terlalu teruk cuma perlu dibetulkan sikit.Mungkin sesetengah fakta mengenai penipuan atau ketidak adilan satu2 pihak memang langsung x dapat diketahui umum jika tidak didedahkan,jadi memang patut didedahkan dengan bukti2 nya..namun selepas pendedahan x perlu lah disusuli episode "penganjingan" kerana perkara itulah yang menimbulkan politik kebencian.

Dan saya rasa x patut sesuatu pihak menghalang pihak lain melakukan kempen jika kempen itu dijalankan dengan suasana yang baik..sebab nya golongan ulul albab itu bukanlah mereka yang mendengar cerita sebelah pihak sahaja sebaliknya mendengar keseluruhan cerita dan keluar dengan satu kongkusi mereka sendiri..Kempen juga perlu dijalankan bukan dalam bentuk doktrinisasi  seperti mengaitkan x bersetuju dengan mereka seperti tidak setia kepada negara dan pengkhianat(ini semua poyo)

Ada banyak lagi perlu dibincangkan tetapi masa dan idea mencemburui saya jadi sampai di sini saja..
Jika ada pendapat lain atau tidak bersetuju dengan saya bolehlah tinggalkan komen..hehe

Jadi sebelum bersurai terima lah hadiah minta maaf sebab x menepati kempen 1 hari satu artikel saya..(tanda2 iman lemah)

Hadiah istimewa

Adios,usaha sama2 deh

-Wasalam

1 comment:

Radio iluvislam