Friday, June 24, 2011

ISLAM:ANUGERAH ATAU BEBANAN?







Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Assalamualaikum...sihat lagi x arini sahabat?

Kalau sihat alhamdulillah,kalo x sihat pun alhamdulillah sebab sakit tu kan penghapus dosa..

Arini nak cakap pasal islam..ye! agama yang saya dan awak2 diluar sana anuti...

Apa yang saya lihat harini ramai umat islam sendiri x menyedari banyak perkara..

PERTAMA..
Kenapa aku seorang islam?Kenapa?hehe

KEDUA
Kenapa aku kene ikut apa yang Allah suruh?

KETIGA
Apa tujuan aku dilahirkan ke dunia ni?enjoy je ke?

KEEMPAT DAN YANG PALING PENTING!
Apa kedudukan islam dalam hidup aku?Anugerah?Bebanan?


Rilek2..jangan gopoh..kita kupas satu2..

SOALAN PERTAMA;
-Kenapa aku seorang islam..

Hehe..apa kes ni?simple sangat soalan ni..aku seorang islam kerana aku dilahirkan dalam keluarga islam..

BETULKAN?Bukan ke?Haa..nak x nak mengaku memang ni lah yang banyak terjadi dalam kehidupan umat islam sekarang ni..islam kerana keluarga islam,islam kerana ic,islam kerana solat jumaat dan yang paling best 
ISLAM KERANA HARI RAYA AIDIL FITRI!
  
SATU PERKONGSIAN
Masa zaman rasullullah dulu,ada dua golongan sahabat..yang pertama golongan yang memeluk islam sebelum
rasullullah berhijrah ke Madinah..yang selalu kita dengar cerita tu..kene pijak,dijemur di tengah panas,dihempap batu yang berat..Haaa..yang tu la!

Jadi mereka ni golongan islam yang kuat keimanannya..kenapa?Haha
Kerana mereka yang masuk islam pada waktu ni sedar risiko yang diorang hadapi jika mereka memeluk islam..Ya!Mereka berkemungkinan menghadapi pelbagai tentangan jika mereka meneruskan hasrat mereka itu..diorang dah terfikir 'Worst case scenario' masa mula2 nak peluk islam..jadi sebarang cabaran sukar yang mereka hadapi selepas itu terasa begitu mudah..mereka benar2 menghargai keislaman mereka..

Golongan kedua golongan yang memeluk islam selepas penghijrahan rasullullah ke madinah..waktu itu umat islam dah kuat,dah lebih ramai berbanding waktu di Mekah dan di Madinah tiada orang yang akan menyeksa mereka..Keimanan mereka still terlalu kuat jika nak dibandingkan dengan kita tp pasti fitrah seorang manusia apabila sudah biasa dengan perkara yang mudah pasti sukar apabila sekali-sekala menghadapi ujian yang sukar..

Jadi x salah jika konklusikan golongan pertama mempunyai kelebihan berbanding golongan kedua..

PERSOALANNYA..KITA DALAM GOLONGAN YANG MANA?RENUNG-RENUNGKAN..



SOALAN KEDUA;
-Kenapa aku kene ikut Allah suruh?

Lagi satu soalan yang mudah..Kenapa aku kene ikut apa yang Allah suruh?Soalan yang mudah membawa kepada jawapan yang mudah...

Tengok ayat al-quran sat..Allah berfirman dalam surah Al-buruj ayat ke 16

 فَعّالٌ لِما يُريدُ﴿ ١٦
Maksudnya."Maha Kuasa berbuat apa yang dikehendaki-Nya"

 Kita renung semula..tidak usah tengok duit kita,baju kita,kasut kita..diri kita ni SAPE PUNYA?

BUKAN ALLAH YANG PUNYA KE?
Ya diri kita ni Allah yang punya..Allah ciptakan kita dari tiada kepada ada..beri rezeki beri ,tempat tinggal,ajar kita berkata-kata dan berbagai lagi rahmat-NYA..

Dah tu..layak ke kita nak persoalkan arahan Allah?
Kenapa kena tutup aurat?
Kenapa kena buat hukuman hudud?
Kenapa tidak boleh mendekati zina?
Kenapa aku kena solat?
Kenapa aku kena lakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa2 yang Allah larang?

Tidak boleh..selagi mana kita duduk di bumi Allah
Tidak boleh selagi mana kita masih lagi makan rezeki Allah
Tidak boleh selagi mana kita tidak dapat menunda kematian kita

Maaf..sedikit beremosi..kalau tadi penjelasan secara kasarnya..ini pula sebab mengapa kita kena buat apa yang Allah suruh secara lebih lembut dan berilmiah..hehe

Dengar ni..Allah berfirman dalam surah an-nisa ayat 28;

يُريدُ اللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُم ۚ وَخُلِقَ الإِنسٰنُ ضَعيفًا ﴿٢٨﴾
WHICH MEANS;" God desires to lighten things for you, for
                           man was created a weakling"
Allah berfirman"  Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah."


Allah yang menjadikan kita jadi sudah pasti Allah juga lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..
Allah dah bagi penyelesaian bagi setiap masalah..
Dah tu, boleh fikir sendiri x akibat kalau kita tidak merasakan solusi yang Allah bagi tu relevan dan gunakan akal yang kita rasakan 'bijak' dan 'hebat' sangat ni sampai  dah rasa fikiran kita melebihi tahap PENCIPTA kita?..Opss,marah lagi..Ok2..satu contoh yang menarik mengenai perkara ni..

PERKAHWINAN
-Rasullullah beritahu umat-umat beliau..ya!Kita bukan orang lain..Bahawa ;

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dah tu..kebanyakkan daripada umat islam buat perkahwinan selama ni apa dia?Degil kan..
Rasulullah kata..bukan saya yang kata..pernikahan yang paling baik adalah yang paling mudah..
Mudah tu camna?

-Mestilah bukan belanja ratus ribu..kompom menyusahkan..dua2 pihak susah..buat pinjaman sana-sini..last2 x                     LAST2 X LEH BAYAR..haha!
-Mestilah bukan yang melibatkan berhari-hari persiapannya..
-Mestilah yang hantarannya x melebihi 4 digit angkanya..haha,susah skunk ni..paling kurang 10 ribu..

Ok..x nak gak dengar saranan Rasulullah..tengoklah sendiri akibatnya..hutang sana-sini,perkahwinan x berkekalan sebab dua2 pihak tertekan pasal banyak masalah..patutnya perkahwinan mendatangkan kegembiraan..tapi tengok sendiri sekarang berapa banyak pertengkaran terjadi sebelum,semasa dan selepas perkahwinan..Kalo kita buat sesuatu sebab nak lawan ngan jiran,ngan sepupu dan sebagainya rather than ikuti syariat Allah..inilah akibatnya..menyusahkan perkara yang mudah..

banyak lagi contoh..len kali tulis..ok,next question!


KETIGA
Apa tujuan aku dilahirkan ke dunia ni?enjoy je ke?

-Soalan yang mudah lagi sekali buat kali ketiga..hehe,yang "enjoy je ke?"  tu dah kompem salah..buang jauh2..

-DENGAR BAIK2 YA KAWAN-KAWAN..ALLAH BERFIRMAN..SURAH ADH-DZARIAT:56

"وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ ﴿٥٦﴾"
 I have not created jinn and mankind except to serve Me.

Maksudnya."Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan beribadah kepadaku"

Nampak x?Tujuan utama sekali Allah jadikan kita adalah untuk beribadah kepada Allah
Sekarang x kisahlah ibadah umum ke khusus ke..berapa banyak peratus ibadah kita dalam sehari?
Baik dari segi percakapan kita,perbuatan kita..fikiran kita..Banyak x?
Kalau banyak xpela..dan kalau x banyak xkan nak duduk diam je!Buatlah sesuatu...
  
OK2..SOALAN LAST SKALI..

KEEMPAT DAN YANG PALING PENTING!
Apa kedudukan islam dalam hidup aku?Anugerah?Bebanan?


-Kalau kita tanya kat orang soalan ni kan..dah kompem dia akan jawab Islam tu satu anugerah,dia bersyukur sangat sebab dilahirkan islam..bla bla bla..
-Konklusinya soalan ni x sesuai ditanya secara terang-terangan dan kepada individu tertentu..
ia perlu ditanya secara kolektif dan jawab melalui hasil yang terjadi..

Apa yang maksudkan ialah tengok satu2 masyarakat islam tu..x kesah di mana2 kawasan di dunia ni..

1.Jawapannya adalah ANUGERAH jika:
-First sekali mereka x akan dan x ingin pernah meninggalkan solat 5 waktu yang telah Allah wajibkan kepada sumer umat..
-Kedua,mereka akan menutup aurat sesempurna mungkin baik di luar mahupun dalam solat...termasuk di padang,pejabat,taman permainan,dalam tv mahupun dewan parlimen..kecuali sesama mahram(kompem da)
-Ketiga mereka akan menjalankan semua perkara mengikut syariat Allah baik dari segi pernikahan,pekerjaan,pembelajaran,hukuman terhadap jenayah dan semua aspek kehidupan..
-Sentiasa beralah antara satu sama lain jadi tiada pertengkaran akan berlaku dan kalau berlaku pun kedua-dua pihak yang bertengkar akan berlumba-lumba untuk meminta maaf antara satu sama lain..
-Tiada lagi majlis-majlis maksiat yang akan berlaku secara berleluasa(fikir sendiri apa contohnya)
-Pihak polis tidak lagi mempunyai tugas kerana semua sedar setiap  perbuatan kita akan dihisab jadi mereka x berani dah..
-Tidak lagi meletakkan dunia dalam hati sebaliknya akhirat mendahului..

Masalahnya sekarang ada ke tidak ciri2 ini dalam masyarakat kita pada masa kini?
Jadi apa sebenarnya jawapan kita bagi soalan ni...?


KONKLUSI
-Islam adalah satu-satu solusi kepada semua masalah yang kita hadapi pada masa kini..rogol,buang bayi,zina yang berleluasa,pembunuhan,kecurian,seks sesama jenis..isk3 sedih la dengar sumer ni..dah la,cukup la dengan cuba mencari solusi sendiri yang x relevan langsung

Ibaratnya air tumpah dari pili..kita mop sepanjang masa..mana nak settle melainkan kita tutup pili tu..

Pilihan terletak di tangan kita sahabat2..jom usaha sama2..

-wallahualam

Friday, June 10, 2011

When Will You Submit?

Assalamualaikum sahabat2..
sebak sejenak tatkala melihat ramai sahabat2 yg semakin galak berusaha menjulang panji ilahi..
jealous melihat ketekunan,kesabaran dan effort yg x pernah putus dalam mengejar redha-NYA..
tatkala diri hamba yg lemah ini,baru dikenakan sedikit ujian..sudah berasa lemah yg amat2 sangat..
doakanlah sahabat2 agar diri kita masih mampu membalas semua kemurahan dan kasih-sayang yang Allah berikan kepada kita baik dari segi kesihatan,tempat berteduh,makanan,pancaindera dan pelbagai dengan usaha menegakkan kalimah-NYA di "Medan ujian" yg penuh pancaroba ni..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ok,berbalik kepada topik yang asal..kalau kita lihat sekarang ni benarlah sabda RASULLULLAH S.A.W
mengenai umat islam akhir zaman yg mana seperti buih2 dilautan..kenapa?..
lihat sajalah kualiti yang ada pada MUSLIM hari ni..MUDAH2 SAJA ISLAM DITINDAS...

YA..kita memang mampu bersuara menentang!apa gunanya,jika sekadar seperti hujan jatuh ke pasir..suara yang sia2..x didengari dan x diambil kesah..bukan kerana ISLAM itu tidak bagus mahupun tidak praktikal lg pada masa ini..masalahnya terletak pada penganutnya..KENAPA?

UMAT ISLAM..
kebanyakan yg kita boleh temui pada masa dan tempat2 yang tertentu sahaja..paham x apa yg ana maksudkan'?Ok, contohnya seseorang yg x pernah solat melainkan solat jumaat..jadi pada hari jumaat
sahajalah yg kita akan sedar bahawa seseorang itu muslim..walhal agama Allah ni kene kita ambil semuanya..
bukan yang kita boleh pilih2..kita rase baik kita ambil,rse macam kurang sesuai kita tolak..x boleh camtu!

Ingin ana kongsikan sedikit ayat2 Allah..dalam surah al-maidah ayat 54..
dalam surah al-maidah ni,Allah berbicara kepada dua golongan..satu kepada orang yang beriman,lagi satu kepada orang yang berpaling dari agama-NYA..

Orang yang berpaling dari agama pula ada dua keadaan,pertama dengan jelas dia mengisytiharkan kemurtadannya..dan yang kedua,dia masih mengaku sebagai seorang islam..namun dalam hati dia kosong..
dia merasakan ajaran islam ni x lagi relevan untuk dipraktiskan..samalah keadaannya dengan golongan yang memisahkan kehidupan hariannya dengan islam..contohnya apabila waktu solat,dia solat namun apabila keluar dari solat dia buka aurat..pada pandangan peribadinya kehidupan seharian dengan agama itu adalah dua cabang yg berbeza..walhal sedara..dengan agamalah kita boleh hidup sempurna,dengan agama jugalah kita boleh mencapai kejayaan hakiki..

Mungkin kita pernah terserempak atau terdengar kata2 seperti ni..
"Bang,saya sayang semua mengenai islam,kecuali syariat menutup aurat..ia seperti orang lelaki ingin menyekat kebebasan seorang wanita kelihatan cantik"..

Barangkali kalo x diucapkan pon,perbuatan sesetengah individu itu menunjukkan seperti dialog yang di atas..
YES..memang x salah kita mencari hikmah dalam agama..contohnya menutup aurat dapat menjaga keselamatan wanita,meninggikan darjat dan sebagainya..BUT ,instead of kita terus meneruus cuba mencari hikmah dalam setiap pensyariatan itu,kita perlu kembali kepada asas yang lebih penting..

Kita tanya kepada nabi Ibrahim..pasti ,beliau juga amat mencintai islam..pastu,Allah beritahu nabi Ibrahim supaya meninggalkan keluarganya di tengah2 padang pasir yg kontang..adakah ibrahim berkata"saya sayangkan islam,tapi mengenai untuk meninggalkan keluarga saya disini,bukankah seperti sedikit membebankan?"TIDAK..kemudian Allah suruh pula nabi Ibrahim lompat ke dalam api yang besar,
kemudian "Apa kata awak lalukan pisau di leher anak kesayangan awak Ismail..?"

Ada x nabi Ibrahim persoalkan perintah itu"Saya sayangkan islam,tapi saya juga sayangkan anak saya"
ataupun.."Boleh x bagi penjelasan yang logik mengapa saya perlu melakukan semua itu?"
tiada..tapi adakah semuanya berakhir dengan bencana?Tidak,,semuanya adalah ujian kerana banyak kali Allah berpesan dalam Al-quran dunia ini adalah ujian dan akhirat sana yang kekal selamanya..

respon seorang pembaca"Bang,yang ayat surah al-maidah tadi x bg pun"

ok2..first sekali Allah berfirman
     ...  يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا
-wahai orang2 yang beriman..
jelas Allah tujukan ayat ni kepada kita..sambung lagi..
....    مَن يَرتَدَّ مِنكُم عَن دينِهِ فَسَوفَ يَأتِى اللَّهُ بِقَومٍ 
-siapa di antara kamu yang berpaling dari agamanya,Allah akan datangkan satu negara..
perkataan مَن dalam bahasa arab sungguh istimewa kerana ianya boleh  merujuk kepada ramai mahupun seorang sahaja..jadi,satu pengajaran penting disini ialah jikalau walaupun seorang sahaja daripada kita berpaling dari ISLAM,walupun hanya pada bahagian tertentu sahaja..Allah akan mendatangkan satu negara..yang mana disambung dalam ayat seterusnya
يُحِبُّهُم وَيُحِبّونَهُ..
-Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah..


Ok..ana nak jelaskan disini..daripada sedikit saja sedutan ayat di atas ni,banyak sangat perkara yang seharusnya menjadi peringatan buat kita..PERTAMANYA,kita yang memerlukan Allah,bukan Allah memerlukan kita..KENAPA?
CUBA..usha balik ayat dalam surah al-maidah tu.."Allah akan datangkan satu negara yang mana Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah.." dan BUKANNYA ditulis.."Satu negara akan datang.."
Tidak2!..bukan negara tu yang perlu diberi kredit,tetapi Allah sahaja yang boleh..sebab semua benda kat dunia ni Allah yang punya..
NAH!..sekarang kita nak fikir kita hebat sangat!dunia ni kita yang punya!
x nak solat?x nak tutup aurat?x nak terima hukum dan syariat Allah?
nak berhibur je?nak ambil part agama yang best je?


sudahlah sahabat2..apa2 pun kita terfikir nak buat,INGATLAH!
KITA XKAN BOLEH NAFIKAN HAKIKAT SATU HARI NANTI KITA AKAN MATI!
SERIUS!
Mahu atau tidak kita kena sediakan bekal..perjalanan yang mendatang x kita ketahui jaraknya dan apa2 pun yang kita bakal hadapi..jom sedia sama2..sebelum tu..serahkan diri kita dulu kepada pencipta kita...
usaha sama2 ya..!


perjalanan perlukan bekal
-wallahualam

Radio iluvislam