Saturday, May 14, 2011

AL-QURAN:Mukjizat yang kian dilupai 2(sambungan)

Assalamualaikum..sihat sumer?Insya-Allah hendaknya.....
Wah,rindu benar dengan sahabat2,rindu untuk ditarbiah,rindu untuk berkongsi pendapat..
Camne nih?Hati yang penuh dengan rindu ni..perlukan sokongan daripada ikhwah semua..
Tolong kuatkan semangat ye!Kita usaha sama2...

Hari ini..macam biase hati-hati kita ini perlu sentiasa diisi dengan ilmu yang baik,nur(cahaya) yang umum mengetahui hati yang sentiasa bercahaya mne mungkin pada masa yang sama diisi kegelapan..

TARGET
Ikhwah,tahu x kenapa kita perlu berada dalam jemaah?
Kita kini berada dalam satu jalan..jalan yang menuju satu wawasan yang besar..
Ini memerlukan bukan sikit,tapi BANYAK4 usaha,perencenaan dan tawakkal kepada Allah!
Tapi..apa yang pasti kita perlukan panduan...YES!Panduan,tapi dari siapa?

Seorang pembaca menjawab.."Bang soalan camni x yah tanya x pe..dari Allah la.."

Betul..tepat skali..tapi berapa ramai yang benar2 menjadikan al-quran ataupun 'KALAMULLAH'
itu sebagai panduan..kerana apa?kerana jahilnya kita ..

Cuba letakkan diri kita dalam satu situasi..

Kita ada sorang jiran..jiran ni baik sangat..satu hari dia datang cakap ngan kita dia utusan Allah..
pencipta sekalian alam..bayangkan apa perasaan kita masa uh?terkejut kan..
silap-silap kita akan kata jiran kita tu gila,kurang siuman dan sebagainya..
Ok..baca betul2!Perkara yang sama pernah terjadi di zaman Rasullullah..
Kita sekarang beruntung..
-lahir2 dekat ic dah tulis islam..
-masyarakat sekeliling islam..
-di hantar mengaji,sekolah agama..
-paling penting ketika ini sudah ramai islam di luar sana..

jadi apa yang ana nak cuba terangkan kat sini..bayangkan pada zaman Rasullullah..
Bagaimana sahabat-sahabat ketika itu mampu menerima islam?Bayangkanlah..
-Bilangan diorang sikit..
-Diorang x banyak pengaruh..
-diorang susah(kurang harta)
-selalu diseksa..

Namun,walaupun sumer yang disebutkan di atas..mereka masih mampu utuh pertahankan iman mereka..
Nak tahu x sebab pe?Diorang dapat melihat apa yang x dapat kebanyakkan kita lihat harini..

"Bang..dah la tu,,cukup2 lah berteka-teki..cerita yang sebenarnya!"

OK2..DIORANG NAMPAK BETAPA MUKJIZAT AL-QURAN YANG ALLAH TURUNKAN..
 ADALAH SATU ANUGERAH!

Percaya x?isk3..ni nak share skit bukti-bukti al-quran ini bukan suatu rekaan manusia..
juga bukan syair indah yang dikarang-karang..sebaliknya satu MANUAL yang dikurniakan Allah sebagai panduan kita!

BACA BAIK2..

1.PERTAMA
Pernah dengar x cerita 3 orang sahabat;Abu Jahal,Abu Sufyan bin Harb dan Akhnas bin Syuraiq yang mengintip mendengar bacaan Al-quran?
Mereka suka sangat dengar ayat Al-quran..tiga kali mereka mungkiri janji untuk tidak lagi melakukan perbuatan tersebut..yang akhirnya menyebabkan Abu Jahal dan rakan-rakannya akui Rasullullah benar..
Cmne ye mereka akui rasullullah benar dengan hanya mendengar ayat2 Allah?
Cuba fikir dan kaji..

2.KEDUA
Cerita seterusnya pula mengenai kisah Tufail bin Amru..seorang penyair unggul dan pemimpin Qabilah Ad Dausi di Yaman yang datang ke Mekah..beliau terlebih dahulu diingatkan oleh orang quraisy supaya tidak mendengar kata-kata Rasullulah yang 'berhantu'..

Eh jap2 kenapa pulak orang quraisy warning die?
Haaa..sebab die ni seorang penyair hebat dan pemimpin qabilah..
Kalo die dengar ayat-ayat al-quran yg rasullullah ucapkan senang sekali untuk dia menyedari tingginya kualiti dan keindahan ayat2 ni yg mustahil direka oleh seorang manusia biasa,,
Cuba fikir dan kaji..

Kalo nak tulis ..banyak yang amat lagi bukti2 al-quran ini benar-benar adalah mukjizat yang agung dan amat perlu kita sebagai seorang hamba yang ingin berjaya di dunia dan akhirat belajar mencari apa sebenarnya yang ingin KHALIQ kita tunjukkan dan pandu kita dalam usaha ini melalui kurniaan teragung-NYA


Jom usaha sama2..
-wallahualam

No comments:

Post a Comment

Radio iluvislam