Wednesday, April 27, 2011

Palestin;Antara angan dan sedar

Assalamualaikum ikhwah,
Alhamdulillah segala puji bagi Rabb kita yang masih lagi memberi rezeki kehidupan, udara dan banyak lagi..

Apa khabar iman sahabat2?

Respon pembaca.."Insya-Allah ok.."

kalo camtu xpe la..arapnya dapat kekal untuk hari2 yang mendatang..
hari ni kan...hari ni kan...nak ingatkan balik..nak refresh balik perkara yang mungkin kita sudah lupa..
kalo x lupe pon..kita ingat-ingat lupa..kalo x pon,kita buat2 lupa.(isk3 x patot ni),,

Pasal Palestin..

Nak tahu satu rahsia..dalam hidup kita ni kita sedang berhutang sebenarnya..
rasanya sumer dah boleh agak dah kita hutang ngan sape sebenarnya..

Yupp,betul dengan rakyat Palestin..sebab pe ye kita hutang?
sebab mereka tolong kita pertahankan Palestin..sendiri!ye sendiri ...sebab  ape ye?

Adakah kerana orang Islam ni minoriti..?
TET! SALAH..malah dikatakan umat Islam kat dunia ni lebih 1 billion dan increasing...

mmmm..sebab diorang dah boleh berdikari..?
SALAH LAGI..memang diorang tampak cekal,bertahan dan tidak berputih mata..
namun jelas sekali mereka dikekang..senjata buat sendiri je x pon seludup skit2..
jadi,boleh jadi alasan ke?jelas sekali tidak..

mmmm...Kita x mampu nak wat pape pon jadi doa je lah?
SALAH LAGI..banyak lagi yang mampu kita lakukan..seperti?
-menderma..
-menderma lagi..
-terus menderma...

ini memang betul ikhwah tapi kalo kita cuba berfikir semula..sumbangan yang paling penting yang mampu kita sama-sama berikan adalah KESEDARAN...

PERLU UNTUK KITA TAHU BAHAWA KESEDARAN :
-Mampu menjatuhkan kerajaan yang zalim..(Mesir,dan lain2)
-Mampu menjadikan seorang muslim kepada mukmin atau muhsin..
-Mampu membuatkan azam kita untuk mengembalikan kebebasan palestin bukan usaha yang bermusim..(ni point sebenarnya)..

Setuju x kalo dikatakan semangat perjuangkan Palestin ni bermusim..?

semangat umat islam membara tatkala melihat Palestin diserang live...

menurun sedikit lepas sebulan..

naik semula apabila ada usaha-usaha pihak tertentu untuk memberi bantuan kepada Palestin..

jatuh merudum ketika perut kelaparan dan hanya kedai MacDonald sahaja yang masih menjual makanan halal..(mata ke atas)..

daripada yang jelas kelihatan ....memang bermusim sokongan yg kita berikan kepada Palestin..
walhal kita seorang muslim/muslimah..

berbeza dengan sesetengah orang yang bukan islam seperti 


-Vittorio Arrigoni

-flotilla


Walaupun demi menegakkan hak asasi ,usaha yang mereka lakukan ,semangat tidak putus asa mereka menjadikan seakan-akan merekalah pejuang-pejuang yang akan membunuh atau terbunuh di jalan Allah..yang walaupun mereka mati,namun mereka seakan-akan hidup kerana
aura perjuangan mereka kekal bersama pejuang2 yang lain..


Mahukah kita andai selama hidup penat kita berusaha solat.puasa,bayar zakat,berdakwah dan sebagainya untuk mendapat redha Ilahi namun disebabkan kealpaan kita terhadap isu palestin,
kita menjadi golongan yang muflis di akhirat nanti kerana rakyat palestin bangkit menuding ke arah kita SERAYA BERKATA.."YA ALLAH,MEREKALAH YANG TIDAK PERNAH BERUSAHA UNTUK MEMBANTU KAMI WALAUPUN KAMI SAUDARA-SAUDARA MEREKA DAN PALESTIN ITU SENDIRI TANGGUNGJAWAB MEREKA!"


Apa yang penting kita lakukan sekarang ialah SEDAR bukan setakat AMBIL TAHU..
Orang yang sedar akan bersedia..mental, fizikal, berdoa dan menyumbang!


memang susah...tapi kalo kita usaha sama2?


Pasti dan pasti Allah akan bantu dan bersama kita...


nak dapatkan semangat dan feeling?
dengar lagu ni..
BEBAS PALESTIN-RABBANI,INTEAM,NOWSEEHEART
-wallahualam..

Tuesday, April 12, 2011

Cerita hati dan akal...

Assalamualaikum sumer..

hari ini ada crite best lagi nak kongsi..
cerita ni pasal perbualan antara hati dan akal..

terdengar suara bertanya.."ni hati ngan akal siapa?"
 tiada yang khusus tp sesiapa yang rasa macam ada pengalaman macam ni bolehlah terasa..
kalo boleh ambil masa baca perlahan-lahan dan hayati..x rugi lah..

smart hati ni..

Cerita die macam ni..

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
.



Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya


Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik         mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati,    bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika    cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...





camtu lah cerita hati ngan akal...
ada sesiapa yang terasa x..kalo ada cube compare(muet) dengan apa yang hati sendiri rasa..
yakinlah..dunia ni sementara je..akhirat itu yang kekal..

apa maknanya?..kejarlah cinta Ilahi kerana cinta itu yang Hak,kekal,menyeluruh..BEST!

kalo yang belum kena x confirm(istilah muet lagi) xkan kena..
memang  cerita di atas jelas  hanya rekaan dan khayalan..tapi
cerita di atas jelas direka untuk menggambarkan kepentingan cinta Ilahi itu,,

sahabat,
jom usaha sama-sama..!

-wallahualam

kredit;iluvislam.com

Friday, April 1, 2011

Analogi kehidupan..

Assalamualaikum,
sumer sihat ye..harapnya begitulah..
arini nak share satu analogi yang harapnya berguna dalam melayari kehidupan..

teringat kat sekolah dulu,salah seorang abang senior ni cakap;
"hidup kat dunia ni ibarat jigsaw puzzle"..
hmmm nape ye?....any answer?(istilah muet)

seorang pembaca menjawab;
"bentuk die macam manusia.."

hehe..ni kes merepek

papelah..ok,straight to the point..
pertama sekali jigsaw puzzle tu ape?

ni ar jigsaw puzzle..


kalo kita lihat jigsaw puzzle ni adalah kepingan-kepingan yang apabila disusun
akan membentuk satu gambar yang lengkap....kita sebagai manusia boleh andaikan
setiap kepingan jigsaw puzzle tu adalah diri kita...

respon pembaca..
"Bang kalo camtu maknanya kita ni x berguna la sebab kita x kan pernah menjadi watak utama
 dalam jigsaw puzzle  kehidupan ni?"

Salah tu..tanggungjawab setiap kepingan jigsaw puzzle tu walaupun nampak sikit tapi sebenarnya
memainkan peranan yang besar,,cuba bayangkanlah satu daripada kepingan tu hilang..
jigsaw puzzle itu x akan pernah sempurna...

Begitu juga dengan diri kita ikhwah..setiap dari kita sebenarnya watak utama dalam kehidupan ini..
kita hidup dalam jemaah saling melengkapi..kita ada tanggungjawab;

-yang kurang ditampung
-yang terlebih dikongsi
-yang salah diteguri
-yang betul dicontohi

jika kena caranya,secara perlahan-perlahan satu gambaran yang indah akan mula lahir dalam hidup ini..
kemanisan iman dan islam tidak mustahil untuk kita rasai...

respon pembaca sekali lagi..;
"Bang,kalo gambaran indah yang abang cakap tadi tidak muncul camne?"

Kan dah cakap tadi,hidup ni macam jigsaw puzzle...
kalo kita dah susun tapi x jadi2 juga gambarnya..kita kena uraikan semula buat balik..
maknanya adalah antara susunan itu yang salah letaknya ..

sama juga dalam kehidupan kita..apabila kita mula berasa susah hati,macam ada sahaja yang kita lakukan
x kena..kita muhasabah balik..betulkan semula niat kita,betulkan perbuatan kita,cari rakan-rakan yang dapat
membantu kita ke arah melakukan yang hak dan meninggalkan kebatilan..

Dari situ akan lahirnya UKKHUWAH..
ALLAH BERFIRMAN;
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh". (As-Saff 61:4)

Tahu x dalam ayat atas part mana yang paling best?
"..Allah mengasihi.."
haaa..ni lah yang paling best sekali..kasih dan cinta ALLAH best ke x?
bayangkan lah kalo ikhwah menyukai seseorang..perasaan itu sahaja sudah terlalu sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata,itu baru meyukai apatah lagi kalo cinta ikhwah tu dibalas
(ini adalah contoh sahaja jadi sila jaga hati masing2..hehe)

ALLAH lah yang menjadikan cinta itu..ALLAH jugalah yang mencipta kita ikhwah..
jadi,sudah pastilah cinta ALLAH itu amatlah seronok!best!....

IKHWAH,
selain itu,HIGHLIGHT juga ayat "...dalam barisan yang teratur rapi,..."
tidak kah jigsaw puzzle juga berada dalam barisan yang rapi..?
kita ada hati,kita ada akal dan fikiran...

KITA JUGA ADA PILIHAN!
pilihan kita adalah penentu kejayaan kita di dunia dan akhirat..

susah ke nak siapkan jigsaw puzzle ni?
memang susah ikhwah..tapi apa kata kalo kita buat sama-sama....?

usaha sama-sama ye..

-wallahualam..

Radio iluvislam