Wednesday, February 13, 2013

#1 Best nyer berwudhu

Bismillahirrahmanirrahim
So, untuk article pertama selepas azam yg dibuat semalam
saya akan berkongsi sedikit hadis yg berkaitan kelebihan berwudhu
xde penjelasan panjang lebar sebab x sempat buat study
tapi rasanya oklah untuk permulaan..jadi sudah baca ringan2kan tangan untuk sebarkan..

1)
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada abu hurairah r.a. dia berkata bahawa dia pernah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:"Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan (muka dan kedua tanganya)  berkilauan cahaya kerana kesan daripada wuduknya.Oleh itu,sesiapa daripada kamu yang mampu untuk melebihkan basuhan wuduknya,bolehlah dia melakukannya"

(riwayat al-Bukhari no 136 dan muslim no 246)

2)Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.,beliau berkata:Aku pernah mendengar kekasihku Rasullullah s.a.w bersabda:
Maksudnya:"Kilauan cahaya seorang mukmin itu (pada hari Kiamat) sama dengan kesan basuhan wuduknya"

(riwayat Muslim no 250)

Jadi sekarang kita tahu kepentingan wudhu,dapatlah kita beribadah dengan lebih gembira dan penghayatan..
Wallhualam


1 comment:

  1. Bilal R.A, selalu berada dalam keadaan suci (berwudhuk). natijahnya, baginda Rasulullah SAW mendengar tapak kaki Bilal RA di syurga.. maksudnya, Bilal RA menjadi ahli syurga atas rahmat Allah terhadap amalnya itu.

    ReplyDelete

Radio iluvislam