Saturday, May 14, 2011

AL-QURAN:Mukjizat yang kian dilupai 2(sambungan)

Assalamualaikum..sihat sumer?Insya-Allah hendaknya.....
Wah,rindu benar dengan sahabat2,rindu untuk ditarbiah,rindu untuk berkongsi pendapat..
Camne nih?Hati yang penuh dengan rindu ni..perlukan sokongan daripada ikhwah semua..
Tolong kuatkan semangat ye!Kita usaha sama2...

Hari ini..macam biase hati-hati kita ini perlu sentiasa diisi dengan ilmu yang baik,nur(cahaya) yang umum mengetahui hati yang sentiasa bercahaya mne mungkin pada masa yang sama diisi kegelapan..

TARGET
Ikhwah,tahu x kenapa kita perlu berada dalam jemaah?
Kita kini berada dalam satu jalan..jalan yang menuju satu wawasan yang besar..
Ini memerlukan bukan sikit,tapi BANYAK4 usaha,perencenaan dan tawakkal kepada Allah!
Tapi..apa yang pasti kita perlukan panduan...YES!Panduan,tapi dari siapa?

Seorang pembaca menjawab.."Bang soalan camni x yah tanya x pe..dari Allah la.."

Betul..tepat skali..tapi berapa ramai yang benar2 menjadikan al-quran ataupun 'KALAMULLAH'
itu sebagai panduan..kerana apa?kerana jahilnya kita ..

Cuba letakkan diri kita dalam satu situasi..

Kita ada sorang jiran..jiran ni baik sangat..satu hari dia datang cakap ngan kita dia utusan Allah..
pencipta sekalian alam..bayangkan apa perasaan kita masa uh?terkejut kan..
silap-silap kita akan kata jiran kita tu gila,kurang siuman dan sebagainya..
Ok..baca betul2!Perkara yang sama pernah terjadi di zaman Rasullullah..
Kita sekarang beruntung..
-lahir2 dekat ic dah tulis islam..
-masyarakat sekeliling islam..
-di hantar mengaji,sekolah agama..
-paling penting ketika ini sudah ramai islam di luar sana..

jadi apa yang ana nak cuba terangkan kat sini..bayangkan pada zaman Rasullullah..
Bagaimana sahabat-sahabat ketika itu mampu menerima islam?Bayangkanlah..
-Bilangan diorang sikit..
-Diorang x banyak pengaruh..
-diorang susah(kurang harta)
-selalu diseksa..

Namun,walaupun sumer yang disebutkan di atas..mereka masih mampu utuh pertahankan iman mereka..
Nak tahu x sebab pe?Diorang dapat melihat apa yang x dapat kebanyakkan kita lihat harini..

"Bang..dah la tu,,cukup2 lah berteka-teki..cerita yang sebenarnya!"

OK2..DIORANG NAMPAK BETAPA MUKJIZAT AL-QURAN YANG ALLAH TURUNKAN..
 ADALAH SATU ANUGERAH!

Percaya x?isk3..ni nak share skit bukti-bukti al-quran ini bukan suatu rekaan manusia..
juga bukan syair indah yang dikarang-karang..sebaliknya satu MANUAL yang dikurniakan Allah sebagai panduan kita!

BACA BAIK2..

1.PERTAMA
Pernah dengar x cerita 3 orang sahabat;Abu Jahal,Abu Sufyan bin Harb dan Akhnas bin Syuraiq yang mengintip mendengar bacaan Al-quran?
Mereka suka sangat dengar ayat Al-quran..tiga kali mereka mungkiri janji untuk tidak lagi melakukan perbuatan tersebut..yang akhirnya menyebabkan Abu Jahal dan rakan-rakannya akui Rasullullah benar..
Cmne ye mereka akui rasullullah benar dengan hanya mendengar ayat2 Allah?
Cuba fikir dan kaji..

2.KEDUA
Cerita seterusnya pula mengenai kisah Tufail bin Amru..seorang penyair unggul dan pemimpin Qabilah Ad Dausi di Yaman yang datang ke Mekah..beliau terlebih dahulu diingatkan oleh orang quraisy supaya tidak mendengar kata-kata Rasullulah yang 'berhantu'..

Eh jap2 kenapa pulak orang quraisy warning die?
Haaa..sebab die ni seorang penyair hebat dan pemimpin qabilah..
Kalo die dengar ayat-ayat al-quran yg rasullullah ucapkan senang sekali untuk dia menyedari tingginya kualiti dan keindahan ayat2 ni yg mustahil direka oleh seorang manusia biasa,,
Cuba fikir dan kaji..

Kalo nak tulis ..banyak yang amat lagi bukti2 al-quran ini benar-benar adalah mukjizat yang agung dan amat perlu kita sebagai seorang hamba yang ingin berjaya di dunia dan akhirat belajar mencari apa sebenarnya yang ingin KHALIQ kita tunjukkan dan pandu kita dalam usaha ini melalui kurniaan teragung-NYA


Jom usaha sama2..
-wallahualam

Wednesday, May 4, 2011

AL-QURAN:Mukjizat yang kian dilupai..

Salam sahabat..maaf ye lama menyepi,cuba mencari kekuatan untuk terus menghadapi ujian yang Allah dah sediakan khas untuk kita hamba-hambaNYA..

Hari ni nak kongsi pasal AL-QURAN..kalo ada kalangan pembaca yang x tahu al-quran tu mende kne check balik kat ic hangpa status agama..(ni gurau je...faham kan?)
smart en gamba ni?
Mukjizat adalah bukti –bukti yang Allah berikan kepada rasul-NYA..
Dan perlu kita yakini kesahihan mukjizat-mukjizat ini..
Dari kecil kita di dengarkan dengan kisah-kisah para anbiya seperti tongkat nabi Musa a.s bertukar menjadi ular sekali gus mengkagumkan ahli-ahli sihir firaun menyebabkan mereka tunduk kepada kekuasaan Allah..
Selain itu,kita juga mendengar kisah nabi Isa a.s yang boleh menyembuhkan orang buta,orang berpenyakit sopak dan menghidupkan orang mati..
Kisah nabi Sulaiman yang mampu menundukkan angin,jin,manusia dan haiwan juga antara cerita-cerita mukjizat yang perlu kita yakini..
“Wah!..cool nya mukjizat mereka”kata seorang anak kecil..
Memang hebat namun sesuatu yang perlu kita sedari,fahami dan syukuri SATU MUKJIZAT nabi kita
RASULLULLAH S.A.W  masih tinggalkan untuk kita umat kesayangannya sebagai panduan hidup..
Ya benar,al-quran..umumnya kita ketahui al-quran adalah mukjizat..
Namun percayalah hanya sedikit sangat ilmu yang ada pada diri kita untuk kita menyedari betapa hebatnya dan agungnya PETUNJUK  DARI PENCIPTA ini..

Kehebatan al-quran

Kalo kita lihat mukjizat nabi Musa,Isa,dan lain-lain..semuanya terkategori dalam mukjizat yang mampu dilihat..mungkin kebanyakan kita juga merasakan mukjizat adalah benar dan hebat jika ia mampu dikesan secara zahir sebab ianya…REAL!
Tapi perlu kita fikir kembali kenyataan ini..kenapa?sebab sebenarnya mukjizat al-quran adalah mukjizat teragung yang Allah kurniakan khas untuk kita umat akhir zaman ni..mukjizat al-quran ini bukanlah mukjizat jika kita hayati dengan penglihatan sebaliknya dengan pendengaran kita..

Bagaimana perkara tersebut boleh dikatakan mukjizat kalau begitu?
Inilah persoalan pertama yang berlegar di fikiran kita..
Ok..begini
Hujah pertama adalah;
-sebab mukjizat terhebat ini berada dalam bentuk kata-kata kerana mukjizat itu perlu melangkaui hayat rasul itu sendiri..
Kita percaya dan yakin bahawa Rasullullah s.a.w adalah utusan terakhir dan pesanannya perlu disampaikan hingga ke hari kiamat..
Dan sebab itulah Rasullullah s.a.w dikurniakan al-quran yang still kita boleh rujuk setelah kewafatan baginda.

Hujah kedua adalah;
-oleh sebab mukjizat ini adalah dalam bentuk kata-kata,jadi pastilah mukjizatnya boleh ditemui dari segi keindahan “kata-kata” itu sendiri..
Satu contoh ringkas..
Kalo kita lihat dalam surah al-muddathir ayat 3;
 وَرَبَّكَ فَكَبِّر ﴿٣﴾
ringkasnya ayat ini adalah palindrom yang sama ejaanya apabila dieja dari depan atau dari belakang..
sama seperti perkataan kakak dan katak
 jika kita ingin mereka sebuah palindrom bukan makna yang kita pentingkan sebaliknya ejaannya..
di sini Allah membuktikan al-quran ini sebuah mukjizat dengan menukilkan satu palindrom yang bermaksud
"dan tuhanmu agungkanlah"..jelas menunjukkan keagungannya melalui cara ayat ini dituliskan sahaja..

Banyak lagi sebenarnya mukjizat al-quran yang telah hilang ataupun tidak dapat untuk kita nikmati pada hari ini atas kejahilan kita sendiri..

abes tu camne?usaha ar sama2..jom!cari  apalagi kelebihan al-quran yang kita baca setiap hari tu..

insya-Allah kalo de rezeki akan bersambung..

-wallahualam 



Radio iluvislam