Friday, June 24, 2011

ISLAM:ANUGERAH ATAU BEBANAN?







Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang..

Assalamualaikum...sihat lagi x arini sahabat?

Kalau sihat alhamdulillah,kalo x sihat pun alhamdulillah sebab sakit tu kan penghapus dosa..

Arini nak cakap pasal islam..ye! agama yang saya dan awak2 diluar sana anuti...

Apa yang saya lihat harini ramai umat islam sendiri x menyedari banyak perkara..

PERTAMA..
Kenapa aku seorang islam?Kenapa?hehe

KEDUA
Kenapa aku kene ikut apa yang Allah suruh?

KETIGA
Apa tujuan aku dilahirkan ke dunia ni?enjoy je ke?

KEEMPAT DAN YANG PALING PENTING!
Apa kedudukan islam dalam hidup aku?Anugerah?Bebanan?


Rilek2..jangan gopoh..kita kupas satu2..

SOALAN PERTAMA;
-Kenapa aku seorang islam..

Hehe..apa kes ni?simple sangat soalan ni..aku seorang islam kerana aku dilahirkan dalam keluarga islam..

BETULKAN?Bukan ke?Haa..nak x nak mengaku memang ni lah yang banyak terjadi dalam kehidupan umat islam sekarang ni..islam kerana keluarga islam,islam kerana ic,islam kerana solat jumaat dan yang paling best 
ISLAM KERANA HARI RAYA AIDIL FITRI!
  
SATU PERKONGSIAN
Masa zaman rasullullah dulu,ada dua golongan sahabat..yang pertama golongan yang memeluk islam sebelum
rasullullah berhijrah ke Madinah..yang selalu kita dengar cerita tu..kene pijak,dijemur di tengah panas,dihempap batu yang berat..Haaa..yang tu la!

Jadi mereka ni golongan islam yang kuat keimanannya..kenapa?Haha
Kerana mereka yang masuk islam pada waktu ni sedar risiko yang diorang hadapi jika mereka memeluk islam..Ya!Mereka berkemungkinan menghadapi pelbagai tentangan jika mereka meneruskan hasrat mereka itu..diorang dah terfikir 'Worst case scenario' masa mula2 nak peluk islam..jadi sebarang cabaran sukar yang mereka hadapi selepas itu terasa begitu mudah..mereka benar2 menghargai keislaman mereka..

Golongan kedua golongan yang memeluk islam selepas penghijrahan rasullullah ke madinah..waktu itu umat islam dah kuat,dah lebih ramai berbanding waktu di Mekah dan di Madinah tiada orang yang akan menyeksa mereka..Keimanan mereka still terlalu kuat jika nak dibandingkan dengan kita tp pasti fitrah seorang manusia apabila sudah biasa dengan perkara yang mudah pasti sukar apabila sekali-sekala menghadapi ujian yang sukar..

Jadi x salah jika konklusikan golongan pertama mempunyai kelebihan berbanding golongan kedua..

PERSOALANNYA..KITA DALAM GOLONGAN YANG MANA?RENUNG-RENUNGKAN..



SOALAN KEDUA;
-Kenapa aku kene ikut Allah suruh?

Lagi satu soalan yang mudah..Kenapa aku kene ikut apa yang Allah suruh?Soalan yang mudah membawa kepada jawapan yang mudah...

Tengok ayat al-quran sat..Allah berfirman dalam surah Al-buruj ayat ke 16

 فَعّالٌ لِما يُريدُ﴿ ١٦
Maksudnya."Maha Kuasa berbuat apa yang dikehendaki-Nya"

 Kita renung semula..tidak usah tengok duit kita,baju kita,kasut kita..diri kita ni SAPE PUNYA?

BUKAN ALLAH YANG PUNYA KE?
Ya diri kita ni Allah yang punya..Allah ciptakan kita dari tiada kepada ada..beri rezeki beri ,tempat tinggal,ajar kita berkata-kata dan berbagai lagi rahmat-NYA..

Dah tu..layak ke kita nak persoalkan arahan Allah?
Kenapa kena tutup aurat?
Kenapa kena buat hukuman hudud?
Kenapa tidak boleh mendekati zina?
Kenapa aku kena solat?
Kenapa aku kena lakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa2 yang Allah larang?

Tidak boleh..selagi mana kita duduk di bumi Allah
Tidak boleh selagi mana kita masih lagi makan rezeki Allah
Tidak boleh selagi mana kita tidak dapat menunda kematian kita

Maaf..sedikit beremosi..kalau tadi penjelasan secara kasarnya..ini pula sebab mengapa kita kena buat apa yang Allah suruh secara lebih lembut dan berilmiah..hehe

Dengar ni..Allah berfirman dalam surah an-nisa ayat 28;

يُريدُ اللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُم ۚ وَخُلِقَ الإِنسٰنُ ضَعيفًا ﴿٢٨﴾
WHICH MEANS;" God desires to lighten things for you, for
                           man was created a weakling"
Allah berfirman"  Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah."


Allah yang menjadikan kita jadi sudah pasti Allah juga lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..
Allah dah bagi penyelesaian bagi setiap masalah..
Dah tu, boleh fikir sendiri x akibat kalau kita tidak merasakan solusi yang Allah bagi tu relevan dan gunakan akal yang kita rasakan 'bijak' dan 'hebat' sangat ni sampai  dah rasa fikiran kita melebihi tahap PENCIPTA kita?..Opss,marah lagi..Ok2..satu contoh yang menarik mengenai perkara ni..

PERKAHWINAN
-Rasullullah beritahu umat-umat beliau..ya!Kita bukan orang lain..Bahawa ;

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dah tu..kebanyakkan daripada umat islam buat perkahwinan selama ni apa dia?Degil kan..
Rasulullah kata..bukan saya yang kata..pernikahan yang paling baik adalah yang paling mudah..
Mudah tu camna?

-Mestilah bukan belanja ratus ribu..kompom menyusahkan..dua2 pihak susah..buat pinjaman sana-sini..last2 x                     LAST2 X LEH BAYAR..haha!
-Mestilah bukan yang melibatkan berhari-hari persiapannya..
-Mestilah yang hantarannya x melebihi 4 digit angkanya..haha,susah skunk ni..paling kurang 10 ribu..

Ok..x nak gak dengar saranan Rasulullah..tengoklah sendiri akibatnya..hutang sana-sini,perkahwinan x berkekalan sebab dua2 pihak tertekan pasal banyak masalah..patutnya perkahwinan mendatangkan kegembiraan..tapi tengok sendiri sekarang berapa banyak pertengkaran terjadi sebelum,semasa dan selepas perkahwinan..Kalo kita buat sesuatu sebab nak lawan ngan jiran,ngan sepupu dan sebagainya rather than ikuti syariat Allah..inilah akibatnya..menyusahkan perkara yang mudah..

banyak lagi contoh..len kali tulis..ok,next question!


KETIGA
Apa tujuan aku dilahirkan ke dunia ni?enjoy je ke?

-Soalan yang mudah lagi sekali buat kali ketiga..hehe,yang "enjoy je ke?"  tu dah kompem salah..buang jauh2..

-DENGAR BAIK2 YA KAWAN-KAWAN..ALLAH BERFIRMAN..SURAH ADH-DZARIAT:56

"وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ ﴿٥٦﴾"
 I have not created jinn and mankind except to serve Me.

Maksudnya."Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan beribadah kepadaku"

Nampak x?Tujuan utama sekali Allah jadikan kita adalah untuk beribadah kepada Allah
Sekarang x kisahlah ibadah umum ke khusus ke..berapa banyak peratus ibadah kita dalam sehari?
Baik dari segi percakapan kita,perbuatan kita..fikiran kita..Banyak x?
Kalau banyak xpela..dan kalau x banyak xkan nak duduk diam je!Buatlah sesuatu...
  
OK2..SOALAN LAST SKALI..

KEEMPAT DAN YANG PALING PENTING!
Apa kedudukan islam dalam hidup aku?Anugerah?Bebanan?


-Kalau kita tanya kat orang soalan ni kan..dah kompem dia akan jawab Islam tu satu anugerah,dia bersyukur sangat sebab dilahirkan islam..bla bla bla..
-Konklusinya soalan ni x sesuai ditanya secara terang-terangan dan kepada individu tertentu..
ia perlu ditanya secara kolektif dan jawab melalui hasil yang terjadi..

Apa yang maksudkan ialah tengok satu2 masyarakat islam tu..x kesah di mana2 kawasan di dunia ni..

1.Jawapannya adalah ANUGERAH jika:
-First sekali mereka x akan dan x ingin pernah meninggalkan solat 5 waktu yang telah Allah wajibkan kepada sumer umat..
-Kedua,mereka akan menutup aurat sesempurna mungkin baik di luar mahupun dalam solat...termasuk di padang,pejabat,taman permainan,dalam tv mahupun dewan parlimen..kecuali sesama mahram(kompem da)
-Ketiga mereka akan menjalankan semua perkara mengikut syariat Allah baik dari segi pernikahan,pekerjaan,pembelajaran,hukuman terhadap jenayah dan semua aspek kehidupan..
-Sentiasa beralah antara satu sama lain jadi tiada pertengkaran akan berlaku dan kalau berlaku pun kedua-dua pihak yang bertengkar akan berlumba-lumba untuk meminta maaf antara satu sama lain..
-Tiada lagi majlis-majlis maksiat yang akan berlaku secara berleluasa(fikir sendiri apa contohnya)
-Pihak polis tidak lagi mempunyai tugas kerana semua sedar setiap  perbuatan kita akan dihisab jadi mereka x berani dah..
-Tidak lagi meletakkan dunia dalam hati sebaliknya akhirat mendahului..

Masalahnya sekarang ada ke tidak ciri2 ini dalam masyarakat kita pada masa kini?
Jadi apa sebenarnya jawapan kita bagi soalan ni...?


KONKLUSI
-Islam adalah satu-satu solusi kepada semua masalah yang kita hadapi pada masa kini..rogol,buang bayi,zina yang berleluasa,pembunuhan,kecurian,seks sesama jenis..isk3 sedih la dengar sumer ni..dah la,cukup la dengan cuba mencari solusi sendiri yang x relevan langsung

Ibaratnya air tumpah dari pili..kita mop sepanjang masa..mana nak settle melainkan kita tutup pili tu..

Pilihan terletak di tangan kita sahabat2..jom usaha sama2..

-wallahualam

No comments:

Post a Comment

Radio iluvislam