Wednesday, April 27, 2011

Palestin;Antara angan dan sedar

Assalamualaikum ikhwah,
Alhamdulillah segala puji bagi Rabb kita yang masih lagi memberi rezeki kehidupan, udara dan banyak lagi..

Apa khabar iman sahabat2?

Respon pembaca.."Insya-Allah ok.."

kalo camtu xpe la..arapnya dapat kekal untuk hari2 yang mendatang..
hari ni kan...hari ni kan...nak ingatkan balik..nak refresh balik perkara yang mungkin kita sudah lupa..
kalo x lupe pon..kita ingat-ingat lupa..kalo x pon,kita buat2 lupa.(isk3 x patot ni),,

Pasal Palestin..

Nak tahu satu rahsia..dalam hidup kita ni kita sedang berhutang sebenarnya..
rasanya sumer dah boleh agak dah kita hutang ngan sape sebenarnya..

Yupp,betul dengan rakyat Palestin..sebab pe ye kita hutang?
sebab mereka tolong kita pertahankan Palestin..sendiri!ye sendiri ...sebab  ape ye?

Adakah kerana orang Islam ni minoriti..?
TET! SALAH..malah dikatakan umat Islam kat dunia ni lebih 1 billion dan increasing...

mmmm..sebab diorang dah boleh berdikari..?
SALAH LAGI..memang diorang tampak cekal,bertahan dan tidak berputih mata..
namun jelas sekali mereka dikekang..senjata buat sendiri je x pon seludup skit2..
jadi,boleh jadi alasan ke?jelas sekali tidak..

mmmm...Kita x mampu nak wat pape pon jadi doa je lah?
SALAH LAGI..banyak lagi yang mampu kita lakukan..seperti?
-menderma..
-menderma lagi..
-terus menderma...

ini memang betul ikhwah tapi kalo kita cuba berfikir semula..sumbangan yang paling penting yang mampu kita sama-sama berikan adalah KESEDARAN...

PERLU UNTUK KITA TAHU BAHAWA KESEDARAN :
-Mampu menjatuhkan kerajaan yang zalim..(Mesir,dan lain2)
-Mampu menjadikan seorang muslim kepada mukmin atau muhsin..
-Mampu membuatkan azam kita untuk mengembalikan kebebasan palestin bukan usaha yang bermusim..(ni point sebenarnya)..

Setuju x kalo dikatakan semangat perjuangkan Palestin ni bermusim..?

semangat umat islam membara tatkala melihat Palestin diserang live...

menurun sedikit lepas sebulan..

naik semula apabila ada usaha-usaha pihak tertentu untuk memberi bantuan kepada Palestin..

jatuh merudum ketika perut kelaparan dan hanya kedai MacDonald sahaja yang masih menjual makanan halal..(mata ke atas)..

daripada yang jelas kelihatan ....memang bermusim sokongan yg kita berikan kepada Palestin..
walhal kita seorang muslim/muslimah..

berbeza dengan sesetengah orang yang bukan islam seperti 


-Vittorio Arrigoni

-flotilla


Walaupun demi menegakkan hak asasi ,usaha yang mereka lakukan ,semangat tidak putus asa mereka menjadikan seakan-akan merekalah pejuang-pejuang yang akan membunuh atau terbunuh di jalan Allah..yang walaupun mereka mati,namun mereka seakan-akan hidup kerana
aura perjuangan mereka kekal bersama pejuang2 yang lain..


Mahukah kita andai selama hidup penat kita berusaha solat.puasa,bayar zakat,berdakwah dan sebagainya untuk mendapat redha Ilahi namun disebabkan kealpaan kita terhadap isu palestin,
kita menjadi golongan yang muflis di akhirat nanti kerana rakyat palestin bangkit menuding ke arah kita SERAYA BERKATA.."YA ALLAH,MEREKALAH YANG TIDAK PERNAH BERUSAHA UNTUK MEMBANTU KAMI WALAUPUN KAMI SAUDARA-SAUDARA MEREKA DAN PALESTIN ITU SENDIRI TANGGUNGJAWAB MEREKA!"


Apa yang penting kita lakukan sekarang ialah SEDAR bukan setakat AMBIL TAHU..
Orang yang sedar akan bersedia..mental, fizikal, berdoa dan menyumbang!


memang susah...tapi kalo kita usaha sama2?


Pasti dan pasti Allah akan bantu dan bersama kita...


nak dapatkan semangat dan feeling?
dengar lagu ni..
BEBAS PALESTIN-RABBANI,INTEAM,NOWSEEHEART
-wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Radio iluvislam