Wednesday, March 16, 2011

'Ujian'; bukti kasih sayang Allah?

Assalamualaikum ikhwah!
sihat x?Harapnya sumer sentiasa dalam keaadan sihat dan bahagia..

IKHWAH,arini nak citer satu story yang menarik yang ana tahu..
bese arr..kalo de citer best mesti nak citer kat sumer orang kan?...hehe

Sebelum citer..nak tanya dulu..pernah dengar x nama Aminah As-silmi?
kalo dah bagus arr tapi kalo belum itu yang membuatkan cerita ni lebih dramatik..(tipu je)

Betul la tu...arini nak kongsi cerita pasal Aminah As-silmi ni..
siapa die ni?hmmm..



Beliau pada mulanya adalah seorang pemberita,penulis yang berjaya dan pada masa yang sama seorang penganut kristian yang berpegang teguh pada anutannya..

Namun apa yang paling menarik perhatian dunia mengenai wanita ini adalah mengenai kisah bagaimana beliau menemui islam,dugaan yang dihadapinya serta sumbangan beliau yang besar demi menyebarkan Islam..

Kisahnya bermula apabila beliau ditakdirkan Allah untuk mendaftarkan diri untuk memasuki sebuah maktab perguruan..beliau memilih untuk mengambil jurusan media,namun permohonannya gagal,namun sebaliknya beliau mendapat kursus teater yang mana sukar baginya untuk menonjolkan diri di khalayak ramai ketika itu..Berkat pujukan suami dan pensyarahnya dalam bidang itu,beliau hadir untuk kuliah pertamanya..

Beliau berasa terkejut apabila mendapati kelas yang beliau hadiri penuh dengan orang arab muslim..Aminah pada awalnya berasa tertekan dengan keadaan itu namun memutuskan untuk memastikan agama kristian dapat disebarkan dalam kalangan rakan sekelasnya..perbincangan demi perbincangan mengenai isu agama yang akhirnya membawa Aminah mula membaca al-quran dan mengkajinya..sejak itu,semua tabiat buruknya ditinggalkan seperti meminum arak dan menghadiri pesta..

BERMULALAH detik2 di mana pelbagai ujian mula menimpa Aminah..walaupun beliau belum mengisytihar pengislamannya,suaminya nekad menghalaunya keluar dari rumah..namun hal itu tidak memutuskan semangatnya terus mendalami al-quran..Akhirnya, pada tanggal 21 Mac beliau mengucapkan dua kalimah syahadah..

Ikhwah ingat x ayat ALLAH yang berbunyi
"Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,"

ikhwah...
jangan ikhwah menyangka semua ujian yang Allah berikan kepada kita sudah cukup membuktikan keislaman kita..kalo nak dibandingkan kita dengan ujian yang Allah berikan kepada umat terdahulu amatlah jauh bezanya..namun adakah mereka berpaling daripada Allah?Tidak sama sekali,bahkan bertambah keimanan mereka..

(reaksi pembaca)"bang,citer tadi da habis ke?"
Hehe..belum lagi..

selepas mengistiharkan keislamannya,pasti beliau menantikan reaksi keluarga..Jelas keluarganya begitu terkejut dan menentang keislamannya..sehinggakan nak dijadikan cerita,ayahnya yang dulunya begitu tenang ingin membunuhnya..perkara ini langsung tidak mematahkan semangatnya bahkan beliau bertambah kuat dalam menegakkan agama terakhir dalam hidupnya..selepas itu pula,beliau diperintahkan pula oleh mahkamah untuk menyerahkan anak-anaknya kepada bekas suaminya.Beliau terpaksa memilih antara Islam dan hak penjagaan anak-anaknya..namun beliau yakin segala yang berlaku ada hikmahnya..lantas beliau tegas dengan pendiriannya untuk memilih islam..

ikhwah,nak tahu x..dalam tiap-tiap kesusahan itu pasti ada kesenangan..tidak lama selepas peristiwa itu,neneknya memeluk islam..diikuti pula dengan ibu-bapanya dan ramai lagi ahli keluarganya..nampak x?Jika kita yakin dan percaya tiap-tiap yang berlaku itu ada hikmahnya,pasti Allah akan beri nikmat yang tidak kita sangka-sangka selepas itu..

Ketika anaknya berumur 20 tahun pula,mereka menyatakan hasrat mereka untuk mengucap kalimah syahadah..walaupun tatkala Aminah as-silmi memeluk islam,beliau kehilangan semua rakan-rakannya namun Allah gantikan dengan satu ribuan lagi umat manusia yang menyayangi beliau sebagai saudara sesama islam..

Ikhwah..x nak ke jadi macam Aminah ni?
(pembaca menjawab)"boleh ke?cam susah je?"

memang susah..bayangkan jelah,baru memeluk islam,banyak kesusahan yang dihadapinya..namun..
semua xkan mustahil kalo kita usaha sama-sama...jom?

-wallahualam-

No comments:

Post a Comment

Radio iluvislam