Thursday, December 2, 2010

DOA SANG PENCINTA..

IKHWAH...CINTA itu indah..


namun tiada CINTA yang boleh menandingi  CINTA ILAHI..


TIADA BATAS DAN SEMPADAN!


bayangkanlah,


CINTA ILAHI  tidak memerlukan pertemuan!


hanya berbekalkan bukti-bukti kewujudannya sahaja..


BUKTI ALLAH CINTAKAN HAMBANYA:


-rezeki yang melata
-kehidupan.
-kuasa memilih atau WILL POWER..
-oxygen free tanpa perlu kenaikan harga..


yang paling PENTING sekali:


ALLAH LAH MENJADIKAN HATI DAN CINTA!


tidak zalimkah seorang hamba yang tidak menyediakan ruang buat ALLAH dalam hatinya?


tidak zalim jugakah seorang hamba yang tidak meletakkan PRIORITY CINTA
 UNTUK RABBNYA?


memang perasaan sukar sekali untuk berbuat demikian..


tp IKHWAH..salahkah kalo kiter berdoa dan berusaha untuk meraih CINTA RABB KITA?


RASULLULAH saw..berdoa;


"Wahai tuhanku,aku pohon daripadaMU kasihMU,dan kasih mereka yang kasihkanMU,
  dan aku memohon amalan yang boleh menyampaikan ku kepada kasihMU.
Wahai tuhanku,jadikan kasihMU lebih dicintaiku daripada diriku,daripada keluargaku,
 dan daripada air yang dingin."-riwayat Tarmizi


pembaca memberi respons.."ehem, xde lagi yang len doa tu?"


insya-Allah ,boleh juga ana kongsikan di sini..


PERTAMA,


"YA ALLAH,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
 agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU."


KEDUA,


"YA RABBUL IZZATI,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid
  di jalan-MU!"


YANG KETIGA dan paling panjang..(rehat kejap sebelum menaip)


"YA ALLAH,ENGKAU mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-MU,
telah berjumpa pada taat pada-MU,telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-MU.Kukuhkanlah YA ALLAH ikatannya.Kekalkan cintanya,
Tunjukilah jalan-jalannya.penuhilah hati-hati ini dengan NUR MU yang tidak pernah pudar.Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimananMU dan keindahan bertawakal di jalan-MU."


SAMA-SAMA KITA AMALKAN,
KALO X BOLEH,CUBE AMALKAN,
KALO SUSAH JUGA...BERHARAP DAPAT AMALKAN..


INSYA-ALLAH,SAMA-SAMA TAW!


wallahualam..
;credit buat cintaslam dan youshiyuki nanba

No comments:

Post a Comment

Radio iluvislam