Hari ni nak kongsi pasal AL-QURAN..kalo ada kalangan pembaca yang x tahu al-quran tu mende kne check balik kat ic hangpa status agama..(ni gurau je...faham kan?)
smart en gamba ni?
Mukjizat adalah bukti –bukti yang Allah berikan kepada rasul-NYA..
Dan perlu kita yakini kesahihan mukjizat-mukjizat ini..
Dari kecil kita di dengarkan dengan kisah-kisah para anbiya seperti tongkat nabi Musa a.s bertukar menjadi ular sekali gus mengkagumkan ahli-ahli sihir firaun menyebabkan mereka tunduk kepada kekuasaan Allah..
Selain itu,kita juga mendengar kisah nabi Isa a.s yang boleh menyembuhkan orang buta,orang berpenyakit sopak dan menghidupkan orang mati..
Kisah nabi Sulaiman yang mampu menundukkan angin,jin,manusia dan haiwan juga antara cerita-cerita mukjizat yang perlu kita yakini..
“Wah!..cool nya mukjizat mereka”kata seorang anak kecil..
Memang hebat namun sesuatu yang perlu kita sedari,fahami dan syukuri SATU MUKJIZAT nabi kita
RASULLULLAH S.A.W masih tinggalkan untuk kita umat kesayangannya sebagai panduan hidup..
Ya benar,al-quran..umumnya kita ketahui al-quran adalah mukjizat..
Namun percayalah hanya sedikit sangat ilmu yang ada pada diri kita untuk kita menyedari betapa hebatnya dan agungnya PETUNJUK DARI PENCIPTA ini..
Kehebatan al-quran
Kalo kita lihat mukjizat nabi Musa,Isa,dan lain-lain..semuanya terkategori dalam mukjizat yang mampu dilihat..mungkin kebanyakan kita juga merasakan mukjizat adalah benar dan hebat jika ia mampu dikesan secara zahir sebab ianya…REAL!
Tapi perlu kita fikir kembali kenyataan ini..kenapa?sebab sebenarnya mukjizat al-quran adalah mukjizat teragung yang Allah kurniakan khas untuk kita umat akhir zaman ni..mukjizat al-quran ini bukanlah mukjizat jika kita hayati dengan penglihatan sebaliknya dengan pendengaran kita..
Bagaimana perkara tersebut boleh dikatakan mukjizat kalau begitu?
Inilah persoalan pertama yang berlegar di fikiran kita..
Ok..begini
Hujah pertama adalah;
-sebab mukjizat terhebat ini berada dalam bentuk kata-kata kerana mukjizat itu perlu melangkaui hayat rasul itu sendiri..
Kita percaya dan yakin bahawa Rasullullah s.a.w adalah utusan terakhir dan pesanannya perlu disampaikan hingga ke hari kiamat..
Dan sebab itulah Rasullullah s.a.w dikurniakan al-quran yang still kita boleh rujuk setelah kewafatan baginda.
Hujah kedua adalah;
-oleh sebab mukjizat ini adalah dalam bentuk kata-kata,jadi pastilah mukjizatnya boleh ditemui dari segi keindahan “kata-kata” itu sendiri..
Satu contoh ringkas..
Kalo kita lihat dalam surah al-muddathir ayat 3;
وَرَبَّكَ فَكَبِّر ﴿٣﴾
ringkasnya ayat ini adalah palindrom yang sama ejaanya apabila dieja dari depan atau dari belakang..
sama seperti perkataan kakak dan katak
No comments:
Post a Comment