Friday, April 1, 2011

Analogi kehidupan..

Assalamualaikum,
sumer sihat ye..harapnya begitulah..
arini nak share satu analogi yang harapnya berguna dalam melayari kehidupan..

teringat kat sekolah dulu,salah seorang abang senior ni cakap;
"hidup kat dunia ni ibarat jigsaw puzzle"..
hmmm nape ye?....any answer?(istilah muet)

seorang pembaca menjawab;
"bentuk die macam manusia.."

hehe..ni kes merepek

papelah..ok,straight to the point..
pertama sekali jigsaw puzzle tu ape?

ni ar jigsaw puzzle..


kalo kita lihat jigsaw puzzle ni adalah kepingan-kepingan yang apabila disusun
akan membentuk satu gambar yang lengkap....kita sebagai manusia boleh andaikan
setiap kepingan jigsaw puzzle tu adalah diri kita...

respon pembaca..
"Bang kalo camtu maknanya kita ni x berguna la sebab kita x kan pernah menjadi watak utama
 dalam jigsaw puzzle  kehidupan ni?"

Salah tu..tanggungjawab setiap kepingan jigsaw puzzle tu walaupun nampak sikit tapi sebenarnya
memainkan peranan yang besar,,cuba bayangkanlah satu daripada kepingan tu hilang..
jigsaw puzzle itu x akan pernah sempurna...

Begitu juga dengan diri kita ikhwah..setiap dari kita sebenarnya watak utama dalam kehidupan ini..
kita hidup dalam jemaah saling melengkapi..kita ada tanggungjawab;

-yang kurang ditampung
-yang terlebih dikongsi
-yang salah diteguri
-yang betul dicontohi

jika kena caranya,secara perlahan-perlahan satu gambaran yang indah akan mula lahir dalam hidup ini..
kemanisan iman dan islam tidak mustahil untuk kita rasai...

respon pembaca sekali lagi..;
"Bang,kalo gambaran indah yang abang cakap tadi tidak muncul camne?"

Kan dah cakap tadi,hidup ni macam jigsaw puzzle...
kalo kita dah susun tapi x jadi2 juga gambarnya..kita kena uraikan semula buat balik..
maknanya adalah antara susunan itu yang salah letaknya ..

sama juga dalam kehidupan kita..apabila kita mula berasa susah hati,macam ada sahaja yang kita lakukan
x kena..kita muhasabah balik..betulkan semula niat kita,betulkan perbuatan kita,cari rakan-rakan yang dapat
membantu kita ke arah melakukan yang hak dan meninggalkan kebatilan..

Dari situ akan lahirnya UKKHUWAH..
ALLAH BERFIRMAN;
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh". (As-Saff 61:4)

Tahu x dalam ayat atas part mana yang paling best?
"..Allah mengasihi.."
haaa..ni lah yang paling best sekali..kasih dan cinta ALLAH best ke x?
bayangkan lah kalo ikhwah menyukai seseorang..perasaan itu sahaja sudah terlalu sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata,itu baru meyukai apatah lagi kalo cinta ikhwah tu dibalas
(ini adalah contoh sahaja jadi sila jaga hati masing2..hehe)

ALLAH lah yang menjadikan cinta itu..ALLAH jugalah yang mencipta kita ikhwah..
jadi,sudah pastilah cinta ALLAH itu amatlah seronok!best!....

IKHWAH,
selain itu,HIGHLIGHT juga ayat "...dalam barisan yang teratur rapi,..."
tidak kah jigsaw puzzle juga berada dalam barisan yang rapi..?
kita ada hati,kita ada akal dan fikiran...

KITA JUGA ADA PILIHAN!
pilihan kita adalah penentu kejayaan kita di dunia dan akhirat..

susah ke nak siapkan jigsaw puzzle ni?
memang susah ikhwah..tapi apa kata kalo kita buat sama-sama....?

usaha sama-sama ye..

-wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Radio iluvislam