Friday, January 21, 2011

cinta ALLAH di hatiku..

Assalamualaikum semua..
hari ni nak kongsi lg satu video pasal..
"CINTA ALLAH DIHATIKU"
arap dapat hayati ye video ni..



sama-sama usaha ye..

-wallahualam

Saturday, January 8, 2011

Jika antum ingin berjaya "BERSOLATLAH"!

SALAM SAHABAT;

arini cam bese nak berkongsi ilmu yang jarang2 ana dapat perolehi di dunia ini
melainkan dengan keizinan-NYA..

rasenya sumer tahu solat itu penting,namun sejauh mana kita meyakini
akan kepentingan solat itu sendiri dalam kehidupan kita..

BUKTINYA;

dalam surah AL-FATIHAH,ayat 6 dan tujuh;
"tunjukkanlah kami jalan yang lurus.(yaitu) jalan2 orang yang Engkau telah beri nikmat kepadanya;
BUKAN (jalan2) orang2 yang  dimurkai,dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"

orang2 yang ALLAH beri nikmat kepada mereka ini pastilah mereka yang bertakwa..
siapa pula mereka yang BERTAKWA?

dalam surah al-baqarah ayat 3;
"mereka itu orang2 yang beriman kepada perkara2 ghaib dan mengerjakan solat.."

respon dari pembaca,"ni dah selalu dengar,len xde ke?"
haha..sama ikhwah,ada lagi,

surah al-baqarah juga ayat 153;
"wahai orang2 yang beriman,mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan mengerjakan solat"
yang mana kita mengetahui bantuan ALLAH amat kita perlukan dalam kehidupan yang mencabar..

Rasullullah saw juga pernah bersabda;
"Seandainya orang mengetahui pahala menyambut azan dan saf awal serta bagi mendapatkannya mesti dengan undian,maka tentu mereka mahu mengadakan undian itu.seandainya mereka mengetahui pahala berlumba bagi berangkat mengerjakan solat,nescaya mereka bersegera mendatanginya.."

saper nak dengar citer?
hhaaa..camni;

Cerita ini diceritakan dalam kitab MAKHZAN AL-WA'IZHIN,
"Pada zaman RASULLULLAH SAW,ada seorang lelaki mendatangi RASULLULLAH SAW dan

mengeluh mengenai kemiskinannya.RASULLULLAH SAW bertanya,"mungkin kamu tidak melaksanakan

solat.".Lelaki itu membalas,"Wahai RASULLULLAH,saya melaksanakan solat lima waktu bersama

tuan.".RASULLULLAH SAW berkata pula,"mungkin di rumahmu ada orang yang tidak mengerjakan

solat."Lelaki itu menjawab,"Wahai RASULLULLAH,mereka semua mengerjakan solat.Saya tidak keluar

dari rumah selagi saya belum memerintahkan mereka semua mengerjakan solat."RASULLAH berkata lagi,"

mungkin ada tetanggamu yang tidak mengerjakan solat."Kemudian Jibril a.s. datang lalu berkata,"wahai

RASULLULLAH,di suatu jalan, ada orang yang meninggal dunia dan semasa hidupnya,dia tidak

bersolat.Kemudian seekor gagak mematuk tulang kecil daripada mayat itu dan meletakkannya pada pohon

yang terletak dekat dengan rumah lelaki itu.Katakan padanya supaya supaya dia mengambil dan membuang

tulang itu,supaya rezekinya menjadi mudah."

IKHWAH semua..dari cerita di atas,kalo kita boleh buat kesimpulan, kita nampak terlalu remeh sebab kekurangan rezeki lelaki miskin itu,

walhal FAKTA SEBENARNYA..KITA TERLALU MEMANDANG REMEH..

KEPENTINGAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN KITA!

bukankah kita selalu mendengar tentang "HALAWATUL IMAN"

KEMANISAN IMAN atau dalam istilah muetnya "sweetness in trust"(betul ke?)

mengapa kita gagal merasainya kini?

persoalan ini dijawab oleh saudara Hilal Asyraf melalui analoginya yang menarik;
analogi kemanisan iman

jadi ikwah,kejayaan kita di dunia lebih2 lagi di akhirat kelak terletak kepada sejauh mana
kita meletakkan priority kehidupan kita ini dalam beribadah kepada ALLAH.

JANGANLAH KERANA KESERONOKKAN SEMENTARA DI DUNIA INI MEMBUAT KITA
MELUPAKAN KELAZATAN YANG ABADI DI AKHIRAT SANA!



SAMA-SAMA USAHA YE!

PE LAGI?JUST DO IT TOGETHER-GETHER






-wallahua'lam

Monday, January 3, 2011

CINTAILAH ALLAH..

Salam diucapkan buat semua ikhwah,
arini nak kongsi satu video..x taw best ke x..
kne tengok sendiri la..
bru buat ni..arap2 dapat meningkatkan rase cinta kita kepada RABB kita..
sama2 usaha ye!
wallahualam..

Monday, December 6, 2010

UJIAN!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
'dan tertakdir menjalani,segala kehendak-MU YA RABBI
ku berserah,ku berpasrah...hanya pada-MU YA RABBI!'


ikhwah,


ujian itu berat..kenapa ye?


DALAM SURAT CINTA-NYA(AL-QURAN)..
ALLAH BERFIRMAN


"Kami akan menguji kamu dengan..
  KEBURUKAN dan KEBAIKAN..
 sebagai cubaan,kepada KAMI lah kamu dikembalikan"
al-anbiya'=35


ALLAH cakap nak beri ujian,,


kalo ujian manusia pon kiter tension dan tertekan..
apalagi nak banding ngan ujian RABB kiter..


kenape kiter,,?


biasenye..bagi ana sendiri,kalo boleh x nak ujian berat2..
sakit,diejek,kemiskinan,x cukup makan..
KEMATIAN..
kalo boleh x nak hadapi..


tp kiter kne SABAR ikhwah..
ALLAH beritahu
"Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,"


kenape de berita gembira?
sebab ALLAH de beritahu juga..
"dalam setiap KESUSAHAN ada kesenangan.."


dari UJIAN kiter boleh lihat sejauh mne kita ..
meletakkan TAKDIR,HARAPAN,BERGANTUNGAN kiter kepada ALLAH


BETUL!ingat senang ke nak berSABAR..
X MUDAH  ikhwah...
tp inilah menunjukkan kite ade usaha untuk ISLAM..
untuk RABB kita..


kiter x boleh nak lalui mende(kehidupan,ujian) ni sorang2..


SAME-SAME YE!
-wallahualam

Sunday, December 5, 2010

HIJRAH ITU PENGORBANAN!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


ikhwah,


isnin malam selase=1 muharam 1432 hijrah


DAH SEDIA KE?




perubahan ke arah sesuatu yang lebey baik memang perlu..


perlu contoh ke?..


dari...:




-kurang menutup aurat kepada lbey menutup..


-bace 1 page al-quran kepada 2,3,4 page


-kurang fahami islam kepada lebey,,




kalo nak tulis memang banyak sekali..
dan sumer ni bukan senang untuk dilakukan..


SARANAN ANA:


CUBE,TRY TEST..


bersusah-susah untuk ISLAM...


insya-Allah dapat merasa kemanisannya..


SATU HARI NANTI..


"mesti ku rapuh dalam langkah,


 kadang x setia ,kepada-MU,

namun CINTA dalam jiwa,

hanyalah pada-MU!"..




NI DE DOA UNTUK DIBACE..








Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.


 Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah,


 sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu


 perlindungan daripada syaitan yang terkutuk,
 dari sekalian kroni-kroninya, tenteranya dan penolongnya.


 Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan 


dengan perkara yang tidak bermanfaat daripada mendekatkan diriku kepadaMu. amin




SAMA-SAMA YE!


-wallhualam

Thursday, December 2, 2010

PERINGATAN BERSAMA!

"Kejarlah harta kemewahan,
  ia akan hilang dan habis dibelanjakan"


"Kejarlah pangkat dan jawatan,
 ia akan hilang bila kita diberhentikan."


"Kejarlah populariti dan keglamouran,
  ia akan hilang apabila kita dilupakan."


  "Sebaliknya kejarlah amal soleh,redha dan cinta  ilahi,
  agar menjadi bekalan di akhirat sana..!"


'YA ALLAH, MAAFKANLAH BILA X SEMPURNA MENCINTAIMU!'


SAME-SAME USAHA YE!


-wallahualam.

DOA SANG PENCINTA..

IKHWAH...CINTA itu indah..


namun tiada CINTA yang boleh menandingi  CINTA ILAHI..


TIADA BATAS DAN SEMPADAN!


bayangkanlah,


CINTA ILAHI  tidak memerlukan pertemuan!


hanya berbekalkan bukti-bukti kewujudannya sahaja..


BUKTI ALLAH CINTAKAN HAMBANYA:


-rezeki yang melata
-kehidupan.
-kuasa memilih atau WILL POWER..
-oxygen free tanpa perlu kenaikan harga..


yang paling PENTING sekali:


ALLAH LAH MENJADIKAN HATI DAN CINTA!


tidak zalimkah seorang hamba yang tidak menyediakan ruang buat ALLAH dalam hatinya?


tidak zalim jugakah seorang hamba yang tidak meletakkan PRIORITY CINTA
 UNTUK RABBNYA?


memang perasaan sukar sekali untuk berbuat demikian..


tp IKHWAH..salahkah kalo kiter berdoa dan berusaha untuk meraih CINTA RABB KITA?


RASULLULAH saw..berdoa;


"Wahai tuhanku,aku pohon daripadaMU kasihMU,dan kasih mereka yang kasihkanMU,
  dan aku memohon amalan yang boleh menyampaikan ku kepada kasihMU.
Wahai tuhanku,jadikan kasihMU lebih dicintaiku daripada diriku,daripada keluargaku,
 dan daripada air yang dingin."-riwayat Tarmizi


pembaca memberi respons.."ehem, xde lagi yang len doa tu?"


insya-Allah ,boleh juga ana kongsikan di sini..


PERTAMA,


"YA ALLAH,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
 agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU."


KEDUA,


"YA RABBUL IZZATI,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid
  di jalan-MU!"


YANG KETIGA dan paling panjang..(rehat kejap sebelum menaip)


"YA ALLAH,ENGKAU mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-MU,
telah berjumpa pada taat pada-MU,telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-MU.Kukuhkanlah YA ALLAH ikatannya.Kekalkan cintanya,
Tunjukilah jalan-jalannya.penuhilah hati-hati ini dengan NUR MU yang tidak pernah pudar.Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimananMU dan keindahan bertawakal di jalan-MU."


SAMA-SAMA KITA AMALKAN,
KALO X BOLEH,CUBE AMALKAN,
KALO SUSAH JUGA...BERHARAP DAPAT AMALKAN..


INSYA-ALLAH,SAMA-SAMA TAW!


wallahualam..
;credit buat cintaslam dan youshiyuki nanba

Radio iluvislam